Sunday, January 29, 2012

Wish.

Dear Bodyguard will-be,
Awak,kita rasa penat sangat nak tunggu awak datang.Maybe salah kita jugak sebab kita asyik tunggu awak datang sebab ada orang cakap kalau kita asyik tunggu nanti lagi lama dia nak datang.Kita pernah rasa fed up sangat nak tunggu awak.Frankly,kita rasa jealous sangaaaat masa kita keluar dengan AwaaToddSeha hari tu.Kita diam je masa dah sampai wayang tu sebab dada kita sakit tahan nangis sebenarnya.Lepas habis wayang tu kita tak tahu kenapa kita boleh terlepas cakap yang kita sedih.

Awak,awak janji heh yang awak akan buat semua ni bila kita dah officially nanti :

  1. Kita nak sangat awak jadi macam Cikgu Naim.Kita adore dia.Dia kelakar.Dia rock.Dia iman kuat tapi dia tak tunjuk.
  2. Awak,tolonglah suka hujan.Kan best kalau kita tengah jumpa lepas tu tiba tiba hujan.Lagilah kalau masa tu malam.Memang awak kena kita angkut kita sebab kita takkan balik masa tu nanti.Hihi.
  3. Eh awak,tolong jadi Dark Knight kita heh? Kita takut gelaplah.
  4. Nanti kalau kita tengah down tolong bagi Snickers tau? Kita suka gilaaaaaaaaaaaa Snickers dan tolong jangan marah kalau kita tak kongsi dengan awak.Dah bagi mana boleh mintak balik,kan? Hihi.Terima kasih:')
  5. Kan comel kalau awak spesis yang tak reti ambik gambar? Hihi.Nanti bila ambik je gambar mesti muka awak hodoh macam kita.Haha.Takpe kita tak kesah gambar kita berdua nanti tak lawa asalkan awak sentiasa ada untuk kita.

Kita janji kita senyum macam tu sampai awak datang :'>
Tuhan,kirimkanlah aku kekasih yang baik hati.Yang mencintai aku apa adanya:')
Awak,kalau kita buat salah dengan awak nanti kita tak kesah awak nak marah kita nak lempang kita nak sepak kita.Tapi awak janganlah mengamuk dengan kita sampai baling baling barang.Awak janganlah tengking kita.Kita takut sangat orang yang macam tu.Nanti kita boleh gigil satu badan.Awak baik hati kan? Awak takkan buat macam tu dekat kita kan?

Awak,jangan buat bukan bukan dekat kita tau.Jaga maruah kita tau? Awak kan baik.Iman kuat.Kan awak yang nak jadikan kita perempuan Melayu terakhir,kan? Kalau macam tu sebelum kita tidur bacakanlah kita ayat Kursi biar hati kita selalu lembut.Awak kan tahu hati kita ni selalu keras.Ego.Nanti kalau awak bacakan tiap tiap hari insyaAllah kita berubah.

Awak,kita tahu banyak yang kita mintak dari awak.Kita tak mintak awak tunaikan semuanya sekali gus.Kita bagi awak masa untuk tunaikan hajat kita tu.Awak ambillah selama mana yang awak nak.Kita tunggu:')